Saturday, April 21, 2012 0 comments

Sunah : BUNUH cicak

Arab panggil wazgah, orang putih kate lizard...
 
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..
Dalilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ini..Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)

2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'bah.(HR Tobrani)
Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda pada menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api itu besar kepada Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan Muslim).

2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w bersabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang sikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kapada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).
Cara Hapuskan Cicak
Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;
TIPS (1) MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.
TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu.
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.

Wednesday, April 11, 2012 0 comments

Duduk Iftirash & terapi kaki

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...


iftirash


Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
“Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..”
Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:
  1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
  2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
  3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
  4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.   

Selamat beramal dan menyampaikannya.

 
;