Monday, September 9, 2019

Amalan Murah Rezeki Untuk Melayu Yang Malas

-Amalan Murah Rezeki Untuk Melayu Malas-

Saya sebenarnya malas nak tulis panjang-panjang ni memandangkan saya Melayu dan majoriti pembaca pun Melayu. Kebetulan pulak Bangladesh rajin yang terperangkap dalam badan saya selama ni dah balik negara asal sebab permit expired. So memang malas betul ni nak tulis panjang-panjang.

Tapi atas dasar kemanusiaan dan amanah serta rasa tanggungjawab. Saya tergerak. Untuk berkongsi pengalaman dan amalan yang mungkin bermanfaat bagi mereka yang nak amalkan. Ramai suka belajar, suka ambik amalan, tapi tak amal pun. Pastu cakap tak berkesan. Saya ni malas, miskin, takda kerja, takda gaji, takde rumah, takde baju berjenama. Tapi Allah dah rezekikan saya setakat ni ke 33 negara. Ramai jutawan yang tak dapat rezeki yang sama walaupun orang kata "Ala have have Boleh lah pergi travel." Padahal ini soal "rezeki" bukan "harta".

Harta tak boleh beli kebahagiaan, tak boleh beli rezeki. Rezeki dah ditetapkan dan keberkatan pula tergantung amalan kita. Mau ditambah berkat, pujuk rayu lah pada Allah. Tak pujuk rayu, default system akan berlaku. Ada orang kaya Multi Billionaires tapi tak ada rezeki anak. Ada yang kaya tapi negara jiran pun tak mampu pergi. Ada yang kaya raya tapi hanya terlantar di katil. So "rezeki" dan "harta" 2 benda yang berbeza.

Sebab tu nabi tak pernah ajar amalan untuk jadi KAYA, tapi nabi ajar amalan murah REZEKI.

Orang kita pulak, asal amalan rezeki je, terus fikir kaya. Pastu bila amal tak kaya, dia salahkan kita. Amboi. Kaya dengan rezeki pun tak paham, itu memang pemalas level² Melayu tu.

Padahal bila amal amalan rezeki, banyak rezeki Allah akan bagi yang kadang kita tak sedar pun itu rezeki . Contohnya mudah bayar hutang, suami isteri gaduh jadi baik, dapat anak, kesihatan, silaturrahim, selamat dari kemalangan, selamat dari terjatuh dalam lubang, selamat dari terkena barang jatuh dari atas, dan macam-macam lagi.

Ada orang, contohnya sale niaga dia sehari RM400 untung bersih. Tanpa buat amalan rezeki. Happy betul dia. Tapi tiba² kereta dia tayar pecah, gedebuk gedebak, tinggallah RM70 dari hasil niaga tadi, bersih. Tapi dia still happy dan rasa waaahh sale hari ni untung bersih RM400.

Esoknya dia ambik ijazah Hizbul Rizqi dari saya dan amalkan. Pastu niaga hari tu sale sangat slow. Dapat untung bersih RM100 je. Tapi dia pulang dengan selamat, tiada eksiden, tiada tayar pecah. Pastu balik rumah komplen, "apa ni ustaz, saya amal amalan ustaz bagi, sale saya semakin jatuh lah… amalan ni tak berkesan lah ustaz."

Hei pemalas.

Hari pertama awak untung RM70 je.
Hari kedua lepas amal, untung RM100.

So mana lagi banyak?

Dasar pemalas buat kira².

Amalan awak baca tu maybe tak naikkan sale. Tapi jadi asbab Allah angkat musibah. Mungkin kalau dia tak baca amalan hari tu, dia kena saman polis ke, kereta jatuh gaung ke. Lagi banyak kerugian.

So orang tak bersyukur ni memang Allah haramkan keberkatan rezeki pada dia.

Jadi step pertama kalau nak murah rezeki. SYUKUR DENGAN APA ADA.

Pastu baru beramal dengan amalan-amalan yang nabi dan ulama ajarkan. Saya cukup baiklah compilekan 40 amalan yang saya dapat dari guru saya untuk korang amalkan, ditambah lagi dengan banyak tips di post dan status² lepas saya berkenaan amalan murah rezeki. Ijazah free pun banyak. Amalan ketika wudhuk lah, doa lepas hutang lah. Bagi belaka dah.

Tinggal korang amal dan yakin + syukur je. Nanti ada lah tu. Hati kita ni penuh dunia, tu pasal rezeki sempit. Kalau hati sentiasa ready nak mati, terima je apa Allah nak bagi, itu tawakal burung namanya dan Allah janji akan berkatkan rezekinya seumpama burung yang keluar pagi kelaparan dan pulang petang kenyang walaupun tanpa bisnes, tanpa kerja kerajaan, tanpa jawatan tetap, tanpa pencen, tanpa SPM, degree mahupun phd.

Kalau tahap tawakal masih tahap Firaun yang yakin dengan kekayaan dan pangkat, Allah akan bagi istidraj. Anjing lebih mulia dari kau sebab anjing sendiri tawakal dan iman dia pada Allah lebih hebat. Anjing tak pernah simpan makanan untuk esok sebab dia yakin Allah maha kaya, maha pemberi rezeki, esok ada rezeki lain, takda takut punya.

Ah bebel panjang bukan korang baca pun kan. Korang kan melayu. Saya pun malas tulis panjang-panjang ni sebab saya pun melayu.

Sebelum saya tutup. Saya nak kongsi satu lagi amalan murah rezeki yang super mujarab dengan izin Allah.

Esok, 10 Muharam. Hari Asyura. Atau dikenali sebagai hari kebesaran Syiah (disisi fahaman wahabi dan syiah) dan disisi ahli sunnah Waljamaah, ianya hari kebesaran buat kita umat Islam sebab banyak peristiwa besar berlaku pada tarikh ni. So kalau nak jadi wahabi ke syiah ke, lantak korang. Saya cuma kongsi amalan dari guru saya yang confirm ahli sunnah.

Selama saya bersohbat dengan Syaikh Ibrahim Mia Rahimahullah, setiap tahun pasti beliau akan ingatkan supaya berpuasa pada hari mulia ni dan 1 lagi yang beliau sangat tekankan ialah "belanja keluarga".

Kata beliau, tiap kali 10 Muharram, beliau akan bawak keluarga beliau ke supermarket dan bagitau korang boleh ambik apa korang nak, hari ni hari belanja family.

Kata beliau lagi, siapa yang berbelanja kepada keluarganya pada 10 Muharam, Allah akan murahkan rezekinya selama setahun penuh (hingga 10 Muharram next year).

Demi Allah, ini amalan yang saya tak pernah tinggal dan keajaibannya sangat luar biasa. Rezeki kami tahun demi tahun dimudahkan Allah tanpa kami perlu susah payah carik atau kutip. Ianya dipersembahkan depan mata.

Selain amalan korban tiap kali raya haji, belanja keluarga 10 Muharam jugak antara amalan para wali Allah untuk dapat rezeki ghaib dari Allah selama setahun.

Biasanya saya akan belikan mainan untuk anak² (diorang pilih sendiri), tawarkan isteri nak apa, baju ke, tudung ke apa ke. Lepas shopping. Bawak pergi makan kat mana diorang nak (biasanya untuk buka puasa sebab 10 Muharam tu puasa) dan make sure makanan dibayar sebelum Maghrib sebab kalau dah masuk maghrib dah jadi 11 Muharram.

Jadi saya memang menabung setiap hari selama setahun untuk 2 peristiwa tahunan

Raya korban (korbankan 1 bahagian daging) dan hari Asyura (untuk belanja keluarga apa diorang nak)

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki semurahnya.

Sesuai sangat untuk melayu malas macam saya. Kerja malas, tapi nak keliling dunia.

Panjang sangat kan? Tak nak baca Sudah. Tak suruh baca pun.

Tapi rasanya ramai Melayu akan baca habis ni sebab tajuk dia ada tulis "rezeki".


Kredit kepada;
Zakuan Faiz Al-Malasi
9 Sept
Rotterdam, Netherlands.

0 comments:

Post a Comment

 
;