Tuesday, March 5, 2013 0 comments

PETUA MASUK RUMAH BARU

Assalamualaikum teman2... Jum saya nk kongsi skit tip2 kalo nk masuk kekediaman baru...

Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


Take note,, Jgn biarkan Jin Al Ammar duduk sekali dlm rumah atau tempat kerja kita :) ♥



Sumber FB and mr.google

Monday, March 4, 2013 0 comments

Nak Tahu Kenapa kek yang dibakar tak menjadi?


:: Kek Tidak Naik Sekata ::

-Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
-Bancuhan tepung tidak sebati
-Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
-Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
-Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan

:: Kek Menjadi Bantat ::

-Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
-Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
-Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
-Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
-Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
-Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
-Suhu ketuhar terlalu rendah.

:: Kek Mendap pada Bahagian Tengah ::

-Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
-Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
-Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
-Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
-Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.

-Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
-Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
-Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
-Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

:: Kek Terlalu Lembab dan Leper ::

-Terlampau banyak cecair.
-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus

:: Kek Terlalu Berat ::

Sewaktu memukul campuran yang ada -tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
-Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
-Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
-Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
-Gula yang digunakan melebihi sukatan
-Terlalu banyak cecair
-Suhu ketuhar terlalu rendah

:: Kek Merekah ::

-Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
-Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
-Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
-Kekurangan cecair.
-Acuan / loyang terlalu kecil.
-Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.

:: Kek Buah Mendap ::

-Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
-Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.

:: Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar ::

-Terlebih serbuk penaik
-Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
-Adunan tidak dipukul sebati

:: Kek Menjadi Keras ::

-Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
-Terlalu banyak tepung gandum.
-Tidak cukup cecair
-Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
-Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
-Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
-Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.

:: Kek Menjadi Kering ::

-Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.

:: Kek Menjadi seperti Roti ::

-Sukatan serbuk penaik tidak tepat
-Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
-Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai


-Tepung tidak sesuai
-Adunan tidak dipukul dgn sebati

:: Kek Menjadi seperti Bingka ::

-Bancuhan tidak dipukul sebati
-Terlampau banyak cecair
-Tepung terlalu sedikit
-Suhu ketuhar tidak cukup panas

*** copy&paste *** lupa sumber asal...

GAMBAR-GAMBAR DARI MR.GOOGLE






Sunday, March 3, 2013 0 comments

SEJARAH KESULTANAN SULU DAN HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA

- Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ia telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 31 Ogos 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama2 dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA

 (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah lama "menyepi" dan kini "Baginda" memunculkan diri secara "tiba2" bersama pengikutnya atau "Tentera Diraja Sulu" yang hendak mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah membuat perjanjian bertulis dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada SBUB tetapi dengan syarat, "Baginda" hendaklah diberi perlindungan dari ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina serta datuk "Baginda" dibayar wang pampasan oleh SBUB. Kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Dan kemudiannya SBUB telah menyerahkan negeri Sabah kepada British untuk ditadbir (ianya telah berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir).

Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar "Baginda" mempunyai "hak" di Sabah, apakah "Baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan tentera Jepun jika benar "Baginda" betul2 sayangkan negeri Sabah??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri tempat dimana "Baginda" telah "Bersemayam" juga telah dijajah oleh Jepun.

Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan "Baginda" di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Dan akhirnya "Baginda" terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989 akhirnya kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP &  MASIH membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" mendakwa dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (SC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia.

Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. "Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!!

Namun perkara yang paling menjadi persoalan sekarang ialah,
MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN LEBIH KINI "TERHEGEH2" DAN "BERIYA2" BENAR HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" PEMERINTAHAN KEATAS SABAH?? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2 JIKA BENAR KERAJAAN FILIPINA INGIN "MENYINGKIRKAN" "BAGINDA"?? TIDAK SALAH RASANYA JIKA BAGINDA MAHU KEMBALI KE WILAYAH ASAL YANG PERNAH DATUK "BAGINDA""PINJAMKAN" SUATU KETIKA DAHULU NAMUN TERNYATA CARANYA SUDAH SALAH!! APAKAH "BAGINDA" MEMILIH UNTUK "MENYERANG" PADA WAKTU SEKARANG KERANA DIFIKIRKAN PADA KETIKA INI MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DALAM KEADAAN HURU HARA?? HAKIKATNYA SEKARANG NEGERI SABAH ADALAH UNTUK RAKYAT SABAH!!! FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... SELAMANYA MALAYSIA!!!!!!!

sumber: wikipedia+FB+blogger



Ini lah AGBIMUDDIN KIRAM @ RAJA MUDA SULU



Friday, March 1, 2013 0 comments

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN YANG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU.


FAKTA MENARIK HAIWAN

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..

bukti kekuasaan Allah SWT dlm pncptaanNya... :)








 
;