Monday, April 29, 2013 0 comments

KEPENTINGAN PENGAMBILAN AIR PUTIH....





SETIAP 25KG BDAN,BERSAMAAN 1 LITER AIR KITA PERLU MINUM...

Di sini disenaraikan kesan-kesan kurang air kepada organ-organ badan.



Otak

Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air. Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air. kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan otak. Konsentrasi akan turun 13% dan memori jangka pendek juga turun 7%. Simptom lain yg juga disebabkan oleh kekurangan air ialah berasa terhoyong-hayang, pening, cepat marah, pitam. Jika tahap kekurangan air lebih kronik, ia akan menyebabkan badan berasa lembap, pandangan kabur, keletihan dan kecelaruan.



Mulut

Apabila kita berasa dahaga, tubuh sudah pun hilang sekurangnya 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya. Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.



Paru-paru

Kita juga kehilangan air menerusi pernafasan, setiap hari kita hilang kira-kira satu tin air dengan bernafas. Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan juga ketinggian altitud.



Jantung

Kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dan juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung.



Buah Pinggang

Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan toksin ke air kencing dan meninggalkan nutrien dalam darah. Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja. Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.



Perut

Air amat penting untuk diet sihat. Pengambilan air yg cukup akan mengawal selera makan. Air juga membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml juga dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga. Inilah sebabnya mereka yg ingin turun berat badan disarankan untuk minum banyak air.




Pundi Kencing

Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, najis dan yg paling banyak adalah melalui air kencing. Jika kita kurang buang air, itu adalah petanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air. Minum air yg banyak akan membantu melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.



Darah

Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien ke seluruh anggota badan. Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya ke seluruh badan.



Kulit

Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air. Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit. ia akan menjadi tak bermaya, kering, kendur, dan nampak lebih tua. Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan peningkatan altitud. Di negara cuaca panas, penyejatan air boleh mencecah 2.5 liter/jam. Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan. Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2 liter/jam


Panduan untuk pengambilan air yg cukup ialah 1L untuk setiap 25kg badan. Jika anda bersukan atau banyak berpeluh, tingkatkan pengambilan air. Mereka yg berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini, fikirkanlah sendiri mana yg lebih menyusahkan, kerap kencing akibat minum air banyak atau penyakit yg datang akibat minum air kurang.


Sumber : google
0 comments

Pokok Jarum Tujuh Bilah


Jarum Tujuh Bilah


Inilah pokok herba daun Jarum Tujuh Bilah yang di tanam di belakang rumah ibu. Lebat dan berbunga cantik.




Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Liliales
Keluarga: Cactaceae
Genus: Pereskia
Spesies: P. sacharosa
Nama binomial
Pereskia sacharosa


Jarum Tujuh Bilah, jarum tujuh, pokok kanser, atau Chat Sim Chan ('Pereskia sacharosa/saecnarosa) merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEA lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.

Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari afrika selatan,amerika tengah dan India barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Morfologi

Pokok renek separa berkayu, bersaiz besar dan boleh tumbuh sehingga 5 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batang berwarna hijau ketika muda, bertukar coklat selepas matang, mempunyai 7 batang duri panjang, halus sperti jarum yang keluar berhampiran tangkai daun. Daun tunggal, susunan berpilin, bentuk bukur dengan hujung serta pangkalnya tirus, pucuk muda berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, permukaan berkilat, mudah bertunas. Bunga tunggal, bersaiz sederhana besar, keluar di hujung dahan, banyak kelopak bersusun berlapis-lapis, berwarna jingga, merah tua atau ungu. Buah sederhana besar, berbentuk bulat rata di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, mengandungi beberapa biji hitam bersaiz sederhana besar.

Khasiat

Kandungan

Daun - air, karbohidrat, serat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin.

Perubatan

Memakan pucuk daunnya dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang.

Pengalaman dari ibu saya sendiri mengamalkan setiap pagi Daun Jarum Tujuh Bilah ini pulih dalam masa 3 bulan sahaja kerana setiap hari dia makan mentah2 3 helai daun Jarum Tujuh Bilah. Ibu membuat pemeriksaan dan doktor memberitahu bahawa terdapat ketulan di bahagian payudara kanan nya.. Breast Lump. Herba daun Tujuh Bilah ini tidak pahit dan rasanya seakan2 macam makan jantung pisang kerana sedikit licin seperti jelly atau berlendir. Memang sedap dibuat ulam2an. Kalau di rendam dengan air suam untuk dibuat teh, daun ini akan menjadi lembut dan mudah dikunyah...

Daun herba Tujuh Bilah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit. Dahulukan dengan bacaan AL Fatihah dan selawat Syifa, kemudian minum hingga habis dan dimakan sekali daunnya. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam...




Rujukan , wikipedia, google




Thursday, April 11, 2013 0 comments

Apa Perbezaan Gula yang ada di pasaran.

Jenis-jenis gula dan kegunaannya

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

sumber : http://resipinoraini.blogspot.com/2008/04/jenis-jenis-gula-dan-kegunaannya.html?m=1
 
;