Friday, February 28, 2014 0 comments

HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN ~ Jawapan & penerangan dari Ustaz.

HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN 

SOALAN: 

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ? 

JAWAPAN USTAZ : 

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman"
Wednesday, February 12, 2014 0 comments

Nasi Berkhasiat Buat Keluarga.



Berikut adalah cara2 utk mendapatkan nasi yg berkhasiat bg seisi rumah.
Insya'ALLAH... 

1) Dimulakan dengan bacaan Bismillah.
2) Bilas beras ikut pusingan tawaf kiblat (kaabah) atau arah lawan arah jam sambil berselawat atau berzikir dan berdoa.
3) Bilas sehingga jernih airnya supaya hilang segala keladak & kanji yg berlebihan itu.
4) Tanak nasi seperti kebiasaan.
5) Apabila nasi nak hampir kering ambil sebatang kulit kayu manis (secubit serbuknya pun boleh juga) kemudian cucukkannya di tengah2 nasi itu.

*bila nasi dah siap masak, Insya'ALLAH anda akan dapat menikmati nasi yang kaya dengan khasiat (drpd cinnamon tersebut) bagi seisi keluarga. Insya'ALLAH... 

Antara khasiat dari KULIT KAYU MANIS ADALAH :

1. Mengurangi Kolestrol Jahat
Rempah-rempah dengan citarasa eksotik ini juga boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat atau LDL dalam darah.

2. Membantu Mengawal Gula DALAM Darah
Kayu manis membantu mengatur kadar gula darah, sehingga baik dikonsumsi pesakit diabetes. Selain itu kayu manis juga boleh diambil bagi mereka yang ingin menstabilkan tenaga dalam badan.

3. Berfungsi Menyeimbangkan Hormon
Mengandung senyawa kimia alami cinnamaldehyde. Menurut sejumlah kajian, zat ini boleh meningkatkan hormon progesteron dan menurunkan produksi testosteron pada wanita, sehingga membantu menyeimbangkan hormon.

4. Memenuhi Keperluan Serat & Mineral
Kayu manis mengandungi sedikit serat, kalsium, zat besi dan mangan. Meskipun jumlahnya sedikit, tapi manfaat nya boleh membantu melengkapi keperluan serat dan mineral harian anda.

5. Berkhasiat sebagai anti-bakteria
Banyak digunakan untuk menyingkirkan bakteria jahat tanpa merosak gigi atau gusi. Itu sebabnya kayu manis banyak digunakan pada produk ubat gigi, ubat kumur dan cairan penyegar nafas. Khasiatnya juga boleh didapatkan dengan mencampurkan bubuk kayu manis ke dalam teh, coklat panas atau susu hangat.

6. Mencegah & Mengubati Kanser
Penelitian di University of Texas, yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition and Cancer, menunjukkan bahawa kayu manis memiliki manfaat dapat mengurangkan proliferasi sel kanser, baik untuk pencegahan kanser dan mengubati penderita penyakit kanser.

7. Meringankan flu
Kandungan yang ada dalam kayu manis juga dapat mengurangi flu, terutama bila dicampurkan dengan halia. Di mana kandungan anti-inflamasinya membantu mengalirkan peredaran yang baik dalam tubuh.

8. Cukup efektif dalam mengatasi perit ketika haid

9. Mencegah Penyakit Jantung
Kayu manis memiliki sifat anti-inflamasi yang membuatnya cukup efektif dalam melindungi jantung terhadap kerosakan mahupun infeksi pada jantung, terutama di arteri akibat makanan berlemak.

Insya'ALLAH cara memasak nasi ini juga boleh mendapatkan nasi berkhasiat sepower kualiti beras Taj Mahal. Mudah2an.
Selamat mencuba semua
 
;