Tuesday, September 27, 2016 0 comments

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR


BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

♥JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.
         
SELAMAT BERAMAL...

JGN LUPA KONGSI.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Hantar ke semua group contact. Anda akan membuat beribu,malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi
Muhammad S.A.W```

Monday, September 26, 2016 0 comments

HAYATI MAKSUD DOA KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

CUBALAH SEMAK DOA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD BILA KITA HAYATI MAKNANYA

√ ROBIGHFIRLII,
√ WARHAMNII,
√ WAJBURNII,
√ WARFA’NII,
√ WARZUQNII,
√ WAHDINI,
√ WA’AAFINII,
√ WA’FUANNII

Ketika orang ditanya, “do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”, 
Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak merasa berdo’a.

Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari.

Do’a itu adalah DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maknanya :

√ ROBIGHFIRLII.
Wahai Tuhan ampunilah dosaku. 
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redho اللّهُ Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII.
Sayangilah diriku. 
Kalau kita disayangi اللّهُ hidup kita akan terasa bahagia, kerana dengan kasih Sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih Sayang اللّهُ, nafsu kita akan terbimbing.

√ WAJBURNII.
Tutuplah segala kekuranganku. 
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, susah menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII.
Tinggikanlah darjatku. 
Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang ingin menghina kita.

√ WARZUQNII.
Berikanlah aku rizki, 
Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rizki, اللّهُ mampu mendatangkan rizki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

√ WAHDINI.
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. 
Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat, tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah utk kebahagiaan di dunia.

√ WA’AAFINII.
Berikanlah aku kesihatan.
Apabila kita sihat, kita mampu menambah kebaikan dan manfaat, serta tidak menjadi beban kepada orang lain.

√ WA’FUANNII.
Aku mohon agar kesalahanku dihapuskan dari catatan. 

Dari do'a tersebut diawali do’a dengan mohon ampun, dan kita akhiri dengan permohonan keampunan utk menghapus dosa. Sehingga kita berharap benar-benar bersih dari dosa.

PERSOALAN: DI MANA HATI DAN  FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?
DAN BANYAK DIANTARA KITA TIDAK MENGERTI MAKNANNYA.

Padahal dahsyat  doa tersebut, . Seharusnya  menghayati, dan benar2 meminta kepada ALLAH SWT.

0 comments

AKIBAT SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU

~> Assalamualaikum semua <~

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

--
*Kongsikan kisah ini kepada saudara mara, kawan-kawan kita dan keluarga kita. Mungkin, anda boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka*.

*Siapa tahu*?
*Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan untuk saya juga,semoga bermanfaat untuk kita semua In Shaa ALLAH*..

0 comments

CONTOH DOA ARAFAH

Doa Arafah
Contoh senarai doa yang mahu kita pohon kepada Allah?
Berikut adalah beberapa doa yang kita boleh masukkan dalam senarai,
Insya Allah:

1● Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masukkanlah aku ke Syurga Firdaus.

2● Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal ditangan kanan kami.

3● Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4● Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat diSyurga Firdaus.

5● Ya Allah, selamatkanlah rakan rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6● Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata mata keranaMu.

7● Ya Allah, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8● Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9● Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10● Ya Allah, kurniakan aku ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11● Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12● Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13● Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu (SAW).

14● Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.

15● Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16● Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17● Ya Allah, jangan biarkan aku sendirian, berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18● Ya Allah, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19● Ya Allah selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20● Ya Allah, selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21● Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja kerja Sadaqatul Jariah.

22● Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23● Ya Allah, Ya tuhanku, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24● Ya Allah, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik diakhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25● Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata mata kepadaMu.

26● Ya Allah, selamatkan aku dari kemunafikan.

27● Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28● Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29● Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30● Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31● Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Aamin Ya Allah..

Wukuf dilaksanakan pada hari arafah mulai dari tergelincir matahari tanggal 9 dzulhijjah sampai dengan terbit fajar tanggal 10 dzulhijjah. Wujuf dinilai sah walaupun dilaksanakan hanya sesaat dalam rentang waktu tersebut, akan tetapi diutamakan mendapatkan sebagian waktu siang dan waktu malam.

Gunakanlah waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab.

Moga bermanfaat..

Selamat Beribadat dan Selamat Berpuasa Arafah..

0 comments

KISAH KATAK & MANUSIA YANG ALPA

Ada seekor katak 🐸yg nampak nelayan🚣 sedang memancing🐟. Jadi katak🐸 itu pun masuk kedalam air 🌊dan ingin berjumpa ikan🐟. Katak itu tegur ikan🐟 yg sedang memakan umpan nelayan🚣 itu.Katak🐸 itu beritahu pada ikan🐟 "jangan makan cacing🐛 ni, sebenarnya ini perangkap.

Kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah🔪, kulit kau akan dibakar atas 🔥api🔥. mereka akn makan kau ( sebabnya katak🐸 ini tahu keadaan di atas darat )".
Tapi ikan 🐟ini tak ambil endah teguran si katak🐸 dan bila sahaja ikan🐟 itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas🐟, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak🐸 sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar🔥, kulitnya akan disiat🔪, perutnya akan dibelah. Ikan 🐟itu sangat menyesal😔.Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.🌊

Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia👫👬👭bila ada orang 👦beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga️, azab neraka🌋,titian sirat, kita ambil tak endah saja.
Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.Kita nampak manusia yg dibakar atas api🔥🔥. Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan🐟 telah nampak apa yg berlaku di atas darat.
Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.
Jadi jangan bazirkan usia 👶👦👴dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita Islam.

Semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...

0 comments

7 SUNNAH HEBAT - By Ustaz Don Daniyal


7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

0 comments

Alkisah CICAK yang menghuni rumah kita. Berhati-hatilah...

Jika Terlalu Banyak Cicak Di Rumah, Ini Petandanya…Berhati-Hatilah

cicak

Cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. memang mudah untuk menjumpai cicak didinding-dinding rumah.

Kadangkala banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Bunyi juga agak annoying terutama di waktu malam.

Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.

Jom kita baca:

Ruqyah Dan Hadith

Dalam dunia ruqyah (sihir), cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh.

Didalam sahih Muslim dijelaskan: Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).

Dalam hadis yang lain:

Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak.

Dia juga bertanya pada Aisyah,

“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberi tahu kami bila masa Ibrahim as dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.

“Kitab” az Zawaid “menyebutkan bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan pada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Penyakit

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Sekiranya cicak terkena makanan, diharap anda membuang makanan tersebut kerana dikhuatiri sudah tercemar.

Najis Cicak

Dalam satu kajian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Kajian menunjukkan apabila tahi cicak terkena telefon bimbit, ianya mampu merosakkan monitor handphone.

0 comments

Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung?


Anda boleh elakkan dari saluran jantung anda tersumbat dengan ramuan asli yang anda boleh buat sendiri dirumah :

.........Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung? Atau anda telah d nasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass?

Tunggu dulu…..Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini.

In sya Allah, anda akan sembuh. In sha Allah.

Pada18 April '13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal(Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh).

Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu.

Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpd nya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography keatas saya, dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass keatas saya yg akan dijalankan dlm masa sebulan.

Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan saperti dibawah yang saya amalkan selama sebulan.

Sehari sebelum pembedahan Bypass akan d jlnkan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti.

Selepas memeriksa keputusan x-ray sebelum ini dan x-ray yg baru dibuat untuk melihat keadaan semasa saluran injap jantung saya, Doktor doktor yg memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yg telah saya jalani. 

Saya katakan kpd nya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini.

Doktor doktor merasa terkejut dgn keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu d jalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.

En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini untuk ku dan juga memberitahu saya ramuan ramuan nya serta cara penyediaannya sapertimana di bawah:

1 cawan jus lemon
(1 Cup Fresh      Lemon Juice)

1 cawan jus halia
(1 Cup Fresh Ginger Juice)

1 cawan jus bawang putih (1 Cup Fresh Garlic Juice)

1 cawan Cuka epal
(1 Cup Apple Cider Vinegar)

3 cawan madu
(3 Cups Honey)

Bancuh kesemua ramuan tadi -

jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan lahan selama setengah jam sehingga kirakira 1cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja.

Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan masukkn 3 cawan madu ke tiga tiga cawan tadi.

Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.

In sha Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.

(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)

Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. Semoga khidmat kecil ini diterima Allah.

Mohon dibuat salinan dan di edarkan kpd warga tua dan kepada mereka yg tiada talian perkhidmatan email

Andai hanya seorang sahaja yang dapat manfaat nya, anda akan di anugerah Allah setinggi tingginya. Anda tidak akan tahu, berapa ramai yang akan dapat manfaat dan faedah dari ramuan perubatan ini.

Mohon dipnjangkn pesanan ini ke seramai insan yang boleh. Terima kasih.
C&P jer
Utk kesihatan bersama.

SEDIKIT INFO,
Kalo malas nak buat ramuan diatas bleh dapatkan jus lega ni... normal price rm80... harga kwan² rm70, 350ml

Hubungi : 019 565 5613
Untuk pertanyaan/pembelian.

Sunday, August 21, 2016 0 comments

Perkongsian untuk kesihatan bersama

Sedikit sharing utk kesihatan brsama
dg izin Allah ....

🏁Perkongsian...

🎯   Kalau kawan2 yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab:
1 tin  minuman berkarbonat tu bersamaan dengan
14 gelas teh tarik manis.

🚴🚵🚴 Orang yang menghidapi buasir
*TIDAK BOLEH
makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi.

🎱🎾⚽Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

🏁🏁Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕☕

🎳🏀
Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah
*TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

🍼🍶🍼 Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok

🍤🍛🍝 95% kanser berlaku kerana stress

🍩🍞🍳 Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan  tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

🍡🍢🍧 Kalau nak kurus senang aje.
Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan

🍣🍥🍙 Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),
kemudian lutut (elak sakit lutut),
tempat sulit (elak cyst),
pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),
perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),
dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine).
Lepas tu, baru mandi macam biasa.

Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…🍘🍙🍥 Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

🍯🍭🍬 Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

🍑🍎🍯 Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

🍊🍏 Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

🍯🍭🍭 Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

🍭🍉🍇Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

🍏🍎🍯Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

🍌🍈🍑Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

🍆🍠🍇 Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

🍏🍏🍏Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

🍅🍓🍎 Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

🍯🍭🍉Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
   
🌽🍅🍆Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan.

🍇🍉🍓 JGN BUNUH SEMUT!  kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah..   🐜🐜🐜      
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s..Ini rumahku..Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t.yg sentiasa berzikir kepadaNya..

🐜🐜🐜Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..

🐜🐞🐜 Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..

🐌🐞🐜🐜Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya.
    

0 comments

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Semoga bermanfa'at

0 comments

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Org pertama cipta telefon ?
Alexander Graham Bell ..
kalau org pertama tulis
bismillah ??????? kalau anak-anak
tanya kepada ibubapa...memang tak tahu
nak jawab ni!.. simpan nota ini.

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan:
Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam
perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al- Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam:
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sebab
ianya 1 peluang dakwah yg
MUDAH kenali Islam kita.

0 comments

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

*........*

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

PEMUDA: Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

*PAK IMAM: Boleh!!! dengan izin Allah.

PEMUDA: Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.

*PAK IMAM: Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!

PEMUDA: Saya ada 3 soalan;
1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???

PANGGGGGGGGG !!!
Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA: Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?

*PAK IMAM: Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!

PEMUDA: Saya tak paham !!!

*PAK IMAM: Macamana rasa penampaq saya?

PEMUDA: Sakit laa Tok Imam !!!

*PAK IMAM: Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!

PEMUDA: Ya !!!

*PAK IMAM: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia.

PEMUDA: Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!!

*PAK IMAM: Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok.

Permuda terpegun jawapan Pak Imam.

*PAK IMAM: Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?

PEMUDA: Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )

*PAK IMAM: Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?

PEMUDA: Takkk!!! ( masih tercengang2 )

*PAK IMAM: Tu lah namanya TAKDIR,,!

Pemuda sombong itu terdiam.

*PAK IMAM: Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?

PEMUDA: Kulit dan daginggg !!!

,*PAK IMAM: Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?

PEMUDA: Kulit dan daging...!!!????

*PAK IMAM: Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?

PEMUDA: Sakit dan pedih berdesing...!!!?

*PAK IMAM: Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!

PEMUDA: Allahuakbar !!!

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.

Semoga bermanfaat.

Share dan sebarkan... JazakAllahuKhair....😃 Senyum itu Indah.....

 
;