Sunday, August 21, 2016 0 comments

Perkongsian untuk kesihatan bersama

Sedikit sharing utk kesihatan brsama
dg izin Allah ....

🏁Perkongsian...

🎯   Kalau kawan2 yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab:
1 tin  minuman berkarbonat tu bersamaan dengan
14 gelas teh tarik manis.

🚴🚵🚴 Orang yang menghidapi buasir
*TIDAK BOLEH
makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi.

🎱🎾⚽Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

🏁🏁Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕☕

🎳🏀
Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah
*TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

🍼🍶🍼 Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok

🍤🍛🍝 95% kanser berlaku kerana stress

🍩🍞🍳 Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan  tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

🍡🍢🍧 Kalau nak kurus senang aje.
Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan

🍣🍥🍙 Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),
kemudian lutut (elak sakit lutut),
tempat sulit (elak cyst),
pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),
perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),
dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine).
Lepas tu, baru mandi macam biasa.

Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…🍘🍙🍥 Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

🍯🍭🍬 Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

🍑🍎🍯 Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

🍊🍏 Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

🍯🍭🍭 Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

🍭🍉🍇Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

🍏🍎🍯Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

🍌🍈🍑Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

🍆🍠🍇 Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

🍏🍏🍏Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

🍅🍓🍎 Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

🍯🍭🍉Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
   
🌽🍅🍆Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan.

🍇🍉🍓 JGN BUNUH SEMUT!  kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah..   🐜🐜🐜      
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s..Ini rumahku..Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t.yg sentiasa berzikir kepadaNya..

🐜🐜🐜Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..

🐜🐞🐜 Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..

🐌🐞🐜🐜Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya.
    

0 comments

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Semoga bermanfa'at

0 comments

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Org pertama cipta telefon ?
Alexander Graham Bell ..
kalau org pertama tulis
bismillah ??????? kalau anak-anak
tanya kepada ibubapa...memang tak tahu
nak jawab ni!.. simpan nota ini.

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan:
Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam
perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al- Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam:
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sebab
ianya 1 peluang dakwah yg
MUDAH kenali Islam kita.

0 comments

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

*........*

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

PEMUDA: Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

*PAK IMAM: Boleh!!! dengan izin Allah.

PEMUDA: Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.

*PAK IMAM: Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!

PEMUDA: Saya ada 3 soalan;
1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???

PANGGGGGGGGG !!!
Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA: Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?

*PAK IMAM: Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!

PEMUDA: Saya tak paham !!!

*PAK IMAM: Macamana rasa penampaq saya?

PEMUDA: Sakit laa Tok Imam !!!

*PAK IMAM: Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!

PEMUDA: Ya !!!

*PAK IMAM: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia.

PEMUDA: Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!!

*PAK IMAM: Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok.

Permuda terpegun jawapan Pak Imam.

*PAK IMAM: Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?

PEMUDA: Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )

*PAK IMAM: Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?

PEMUDA: Takkk!!! ( masih tercengang2 )

*PAK IMAM: Tu lah namanya TAKDIR,,!

Pemuda sombong itu terdiam.

*PAK IMAM: Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?

PEMUDA: Kulit dan daginggg !!!

,*PAK IMAM: Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?

PEMUDA: Kulit dan daging...!!!????

*PAK IMAM: Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?

PEMUDA: Sakit dan pedih berdesing...!!!?

*PAK IMAM: Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!

PEMUDA: Allahuakbar !!!

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.

Semoga bermanfaat.

Share dan sebarkan... JazakAllahuKhair....😃 Senyum itu Indah.....

 
;