Tuesday, October 22, 2019 0 comments

Pengiraan & Huraian nombor Asas Kediaman anda berdasarkan ilmu METAFIZIK


BAB 1: ENERGI RUMAH

Setiap rumah akan ada energinya tersendiri. Adakalanya sesebuah rumah tu selalu bersih dan kemas, kadang ia susah nak kemas. Kemas2 sepah balik..

Ada Rumah Yang Berenergi Kasih Sayang, Cinta, Ada Yang Energi Duit dan Tak Kurang Juga Energi "Perang"!..

So, utk melihat or mengkaji tenaga2 tersebut, kita perlu melihat kepada no rumah.

Caranya begini:

Cntoh, rumah anda beralamat : Lot 7369, Kg Sri Langkas

Tambahkan nombor-nombor tadi:

7+3+6+9: 25
2+5 =7
Maka, Rumah ini Asas 7

*❌Ingat, No JALAN TAK DIKIRA!*

Dan Inilah Huraian No Asas Rumah Anda:

*ASAS 1: ENERGI PEMIMPIN!*

1. Biasanya rumah kemas,banyk brg besi, sedikit ketegangan berlaku, penghuninya jarang ada, jika ada ia akn berseorangan, ataupun kerja rumah diletakkan ats bahu salah sorang ahlinya. Ahlinya Banyak Mengarah Dari Membantu..huhu

*ASAS 2: ENERGI INTIM!*

2. Rumah Yang Mempunyai Energi Cinta Dan Keintiman Kasih Sayang Suami Isteri. Banyak Berceramah, Dan Bercakap dan Aktiviti Ranah Mesra. Rumah yg bnyk prob licking n bocor, aktiviti nyanyian, mengaji, kelas, rumah romantis, bagus untuk keintiman, rumah yg sejuk.

*ASAS 3: ENERGI LASAK!*

3. Rumah Aktif  Dengan Pelbagai Ragam Ahli Rumahnya. Suka Aktiviti Sukan, Lasak, Bersepah, Ahlinya Kurang Berada Dalam Rumah Dan Sukakan Aktiviti Luar. Rumh yg bnyk aktvti msakan, wayaring, bakar2, ahli kluargnya aktif,minat bersukan, sedikit bersepah, jarang diubah, mostly ahli kluarga atlit. Besenye org suke minta pnjm duit dr ahli kluarga rmh ini.

*ASAS 4: ENERGI ILMU!*

4. Runah Yang Menjadi Tumpuan Orang Untuk Mengadu Masalah. Rumah yg bnyk aktiviti ilmu, rumah yg mlhirkn ank2 yg suka belajar, ibubpa suka mnnton citer2 documentary, dari bab suara kurang, more tu kajian dan kreativiti. Besenye setiap ahli kluarga ini suke try bnda baru n pndai memasak.

*ASAS 5: ENERGI TRANSFORMASI*

5. Rumah ass 5 Adalah Rumah Yang Paling Banyak Perubahan Dari Segi Ahlinya, Rumah Sewa, Dan Bertukar2 Ahlinya.

Dalam Kajian Xifu, Ia adalah rumah yg perlu dielakkan, rumah ini bnyk prgaduhan, sihir, halangan, penceraian, kedegilan. Rumah ini akn mnglmi bnyk perubahan dr segi susun atur, pemindahan , ahlinya bnyk brtukar2 kerja n biznes..cepat boring dan degil.
Banyak kes anai2, rumah berpenunggu.

Jika anda berada dlm.rumah ini, jadikan no rumah anda no asas lain:

Contoh rumah anda = C -1-4.... tampal no 29 di hujung no rumh..

Jd= C-1-4-29.. asas 7.. try cuba genapkannya mnjdi angka 7.

*ASAS 6: ENERGI DUIT DAN HEDONISME!*

6. Rumah Banyak Masuk Duit Dan Skandal. Rumh yg bnyk aktivti entertainmnt sprti movie..lepak2.. games..internet..berhias.. rumah kemas n cantik but ahlinya kureng bab agama, xkuat amln agama. Bnyk keduniaan. So, ubah ke arah keseimbngn. Bnyk kes eletrical.

*ASAS 7: ENERGI CINTA DAN KASIH SAYANG*

7. Rumah yg paling harmoni n paling bagus utk berkeluarga, bnyk ajtivti mkn secara brjmaah, solat, jenduri, rewang2. Rumah selaky ada ramai penghuni.k Kdang2 bnyk terlbt kee bnjir n bocor. Setiap ahlinya menyokong each other. Juga Kes2 Kebocoran Dan Kehilangan Ahli Keluarga.

*ASAS 8: ENERGI TANGGUNGJAWAB*

8. Rumah org usahawan, rumah bnyk tanggungjwab, rumh org rajin , hyperaktf n tidak duduk diam. Biasanya ad ahli keluarga ini buat biz yg hebat. Sedikit garang2 n gaduh. Bnyk keluar rmh dr stay kt umh.

*ASAS 9: ENERGI KEJAYAAN!*

9. Rumah paling lawak on the world, suka aktivti melancong n memborong, bnyk tengk rancangan lawak, kartun , n movie. Bnyk barang n bnyk perabot yg rosak but still tidak dibuang. Rumah mcm stor dan semakin besar rumah, semkin bnyk barang masuk. Ahli2 kluarga ini femes dan dkenali. Juga rumah yg biasanya buat kedai.

*Apa Kod Asas Rumah Anda Dan Setuju Dengan Energinya?!!*

Rumah paling harmoni no 2/7/6/9

Dan Ingat, Disebalik Setiap Kod No Rumah Juga Membawa Maksud Tersendiri..

Sebagai Contoh:

RNombor  umahAsalnya No 35

Edit Kepada 3579..: Jadi Asas 6

FYI, Banyak Sebenarnya Kajian Potensi Energi Dari Setiap Rumah ..

*Moral, Elakkan No Rumah Asas 5!*


Monday, October 21, 2019 0 comments

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL SERTA AMALAN DAN DOA UNTUK AWET MUDA DAN SIHAT

###   MANDI  WAJIB   ###

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu..

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.

Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

 Rukun mandi wajib ada 3 perkara.

Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

 Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

#copypaste
#sharingiscaring
Wednesday, October 9, 2019 3 comments

Penyembuhan PENYAKIT Melalui Zikir Asma’ul Husna

Penyembuhan Melalui Zikir Asma’ul Husna

Assalamualaikum, amalan menggunakan nama-nama Allah swt Asma’ul Husna untuk mengubati penyakit tertentu dalam tubuh badan kita. 

Ia telah ditemui oleh seorang pakar dari Mesir yang sekarang menetap di Montreal, Kanada - Doktor Ibrahim Karim (pakar BioGeometry - Energy Science - ) bahawa Asma’ul Husna, nama Allah yang maha baik kerana Allah swt yg maha berkuasa menyembuhkan berbagai penyakit apabila namaNya diseru.

Oleh itu doktor itu menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) apabila diseru Allah dgn nama-nama tersebut in syaa Allah akan merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa dgn menyebut atau (menyeru Allah swt dengan nama-nama Allah swt membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan -  Letak tangan anda pada tempat yg sakit (atau urut perlahan-lahan pada tempat sakit) dan berzikir dengan nama nama Allah swt sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh.

Sebelum mula berzikir berdoa dan mohon kepada Allah swt apa yg dihajati.  Zikir setiap hari seberapa banyak yg mampu.  In Shaa Allah.

01. Telinga (Tinnitus) - As Sami
02. Tulang (Patah, Retak) - Al Nafi'
03. Tulang Belakang (Slip Disc, Scoliosis) - Al Jabbar
04. Lutut dan Sendi-Sendi (Joints) - Al Rauf
05. Rambut - Al Badi
06. Jantung (Berlubang, Blockage) - Al Nur
07.  Degupan Jantung (Heart Palpitation) - Al Wahab
08. Jantung Otot (Lemah Jantung) - Al Razzaq
09. Otot (Muscle pain) - Al Qawi (Maha Kuat)
10. Urat saraf (Nerve problem) - Al Mughni
11. Arteri & Saluran Darah (Blockage) - Al Jabbar
12. Perut (Gastrik, Ulcer) - Al Razzaq
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar
15. Peha dan Kaki- Al Rafi
16. Migrain, Sakit Kepala & Vertigo - Al Ghani
17. Mata Arteri (Saraf Mata)  - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy
19. Kolon (Usus Besar) - Al Rauf
20. Usus Kecil - Al Razzaq
21. Hati (Liver) - Al Nafi
22. Pankreas - Al Bari
23. Lemak Sacks (Ketulan Lemak) - Al Nafi
24. Rahim dan Peranakan wanita - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing (Bladder problem) - Al Hadi
26 Rheumatism dan Arthritis  - Al Muhaymin
27. Prostat (Prostat Bengkak) - Al Rashid
28. Saraf Mata - Al Zahir
29. Kelenjar pineal - Al Hadi
30. Tekanan Darah (Darah Tinggi) - Al Khafed
31. Paru-paru (Asma, bronkaitis) - Al Razzaq
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi
33. Kelenjar atas Buah Pinggang (Adrenal Gland) - Al Bari
34. Rambut Gugur - Al Jalil
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata (Glukoma, Katarak) - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Contoh untuk pesakit kanser:
Kanser Kolon - zikir Al Jalil, Al Rauf
Kanser Hati - zikir Al Jalil, Al Nafi
Kanser Rahim / Ovari - zikir Al Jalil, Al Khaliq
Kanser Paru-paru - zikir Al Jalil, Al Razzaq
Kanser Tulang - zikir Al Jalil, Al Nafi’

Dalam Surah Al A’raf, ayat 180, Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan Allah memiliki Asma’ul Husna, maka bermohonlah  dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama Asma’ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang tidak percaya dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya.  Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”.

Tolong sebarkan semoga bermanfaat buat kita semua.  In Shaa Allah

Kredit Hj:  Lokman
Pusat Rawatan Al Hidayah
Tel: 019 243 0659  atau 019 313 7368
Tuesday, October 1, 2019 3 comments

PISANG BUAH YANG SANGAT MENAKJUBKAN. BEGITU BANYAK MANFAAT BUAH PISANG UNTUK KESIHATAN

Pisang...oh pisaaanggg...
🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

Kenapa dirumah perlu selalu  pisang ???
Baca surat Al Waqi'ah Di-tengah ayat ke 29 cukup hairan. .. artinya luar biasa

قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
 ( سورة الواقعة - 29 )
Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):29 - dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),

Ternyata pisang itu buah syurga.....
Saya heran knp Allah menyatakan Pohon Pisang ... lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang....kan biasanya Kurma.

Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :

INFO SEHAT

"MANFAAT BUAH PISANG"🍌🍌🍌

Ini Menarik.
Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat *Pisang* dengan cara yang sama lagi. *Pisang* mengandung tiga jeni gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji *Pisang* memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahwa dengan hanya dua biji Pisang* akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama *90* menit.

Tidak heran mengapa *Pisang* adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapat dari *Pisang* tetapi *Pisang* dapat membantu kita agar tetap fit.

Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga *Pisang* merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian.

🍌. Depresi :
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan *Pisang.* Hal ini terjadi karena *Pisang* mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.

🍌. *Bagi Penderita Diabetes :* Makanlah *Pisang* setiap hari. Karena *Vitamin B6* terkandung dalam *Pisang* akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda.

🍌. *Bagi Penderita Anemia : Pisang* mengandung Zat Besi Tinggi, *Pisang* juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu banyak membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah).

🍌. *Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi :*
Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan *Pisang* untuk melakukan ujian resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke.

🍌. *Menambah Kemampuan Otak :*
*200* siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini karena memakan *Pisang* pada saat sarapan, saat isrehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka.
Penelitian telah membuktikan bahwa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka dalam berpikir.

🍌. *Sembelit :*
*Pisang* mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, *Pisang* dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, *Pisang* akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas *BAB* anda akan jadi semakin lancar .

🍌. *Ubat Mabuk :*
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk _(Darat , Laut dan Udara)_ adalah dengan meminum milkshake *Pisang* ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake *Pisang* akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut anda dan menata ulang sistem pencernaan anda.

🍌. *Memulas Dan Sakit Perut :*
*Pisang* memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan *Pisang* untuk mengurangi sakitnya.

🍌. *Mual di Pagi Hari (Morning Sickness) :*
Ambil *Pisang* antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari.

🍌. *Gigitan Nyamuk :*
Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit *Pisang.* Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit *Pisang* krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit .

🍌. *Saraf :*
 *Pisang* mengandung *Vitamin B* dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf.

🍌. *Bagi Penderita Obesiti Yang Bekerja ?:*
Kajian  Institut Psikologi di *Austria* menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan  seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti *5.000* pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada  dalam tekanan kerja yang tinggi.
Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.

🍌. *Usus :*
*Pisang* bisa digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, *Pisang* akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. *Pisang* adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan *Pisang* juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus

🍌. *Kontrol Suhu :*
 Banyak budaya lain melihat *Pisang* sebagai buah *"Pendingin"* yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di *Thailand* misalnya, mereka akan makan *Pisang* sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu dingin.

🍌. *Bagi Para Perokok :*
Buah *Pisang* dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. *Vitamin B 6, B 12* yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin.

🍌. *Stress :*
Kandungan Kalium dalam *Pisang* adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dinetralkan (rebalanced) dengan bantuan snack *Pisang* yang tinggi Kalium.

🍌. *Stroke :*
Menurut penelitian di _*The New England Journal of Medicine,*_ makan *Pisang* sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak *40%* !

🍌. *Kutil :*
Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa *Pisang* bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong *Pisang* dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal  itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!!

Jadi ingatlah, *Pisang*  adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka *Pisang* mengandung ; *Protein* empat kali ganda *Karbohidrat* dua kali , Zat *Fosfor* tiga kali *Vitamin A* dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. *Pisang* juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap *Pisang* dan makanlah *Pisang* setiap hari maka anda akan berkata, "Sebiji *Pisang* sehari membuat doktor rugi"!

🍌. *NB: Pisang* jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sehat² saja dalam jangka panjang
!

Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini;
Apakah anda ingin kasut anda bersinar dan berkilat dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit *Pisang,* lalu gosok pada kulit kasut ... lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu ... lihatlah hasilnya ... !!!

Sungguh² Buah yang Menakjubkan !

🍌. *Warning :*
_Jangan sesekali menyimpan *Pisang* anda di fridge kerana struktur Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah *Pisang !!!*_

Sampaikan pesan ini kepada semua rakan² atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah *Pisang* ini !!!.

Semoga bisa mendatangkan manfaat bagi anda semua.

_Selamat menikmati *Pisang*
🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
 
;