Wanita hamil boleh tidak berpuasa? Ya boleh..
Mesti cuba puasa dulu, tak larat baru buka? Tidak..
== Dalil ==
“Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”
( Riwayat al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667))
== Apa maksudnya? ==
Dari hadis yang umum di atas, mahzab dan ulama bersepakat yang wanita hamil dan wanita menyusukan anak diharuskan untuk tidak berpuasa.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya.
Jadi, jika hamil atau menyusukan anak je, harus tak berpuasa.. Tak perlu cuba dulu puasa dan tak perlu atas nasihat doktor.
Yang penting, niat mommy tu nak bagi baby dapat full zat, bagi sihat.. Saya rasa semua mommy nak baby dapat zat yang sempurna.. ye dok.. 😊
Ni bukan saya kata, ini apa yang Nabi sampaikan dan ulama dah bersepakat.
Ianya umpama kita musafir, ada ke kita perlu syarat tambahan untuk jamak dan qasar?
Adakah kita perlu cuba solat zohor 4 rakaat dulu, kalau tak larat baru qasar jadi 2 rakaat? Tidak kan.. Asal musafir je kita boleh jamak qasar tanpa perlu nasihat doktor 😁
Samalah juga perempuan hamil dan menyusukan anak.. Harus tak berpuasa.. Harus ni maksudnya dibolehkan..
Kalau nak berpuasa jugak, tiada masalah.. Umpama musafir yang taknak jamak qasar.. Tak berdosa ke apa.. Tapi diharuskan untuk jamak qasar.
Kalau nak puasa masa hamil ikutlah, tapi takyah nak push dan berbalah dengan orang lain.. Benda sudah disepakati ulama..
Kalau ada perbezaan pendapat ulama pun, pada bab perlu ganti puasa atau bayar fidyah.. Bukan bab boleh tak puasa ke tak, sebab sudah sepakat harus tidak berpuasa.
Kalau ikut imam Syafie.. Ganti saja puasa.. Kalau dari mengandung sampai menyusukan anak dok tak puasa, ganti dan bayar fidyah.. Tu je..
== Pendapat saya? ==
Kalau tanya saya, saya jenis orang logik..
Kalau wanita hamil berpuasa, for sure zat yang diterima baby akan kurang berbanding masa ibu tu tak puasa..
Contohnya.. Jika kita biasa bagi baby makan 3 kali sehari, bagi baby cukup makan..
Tiba-tiba bagi baby makan 1 kali sehari.. Baby boleh je hidup makan 1 kali.. Tapi jumlah zat tu tak sama lah..
Sama macam ibu hamil.. Ianya bukan pasal ibu larat ke tidak.. Bagi saya ianya tentang kesanggupan ibu untuk kurangkan sedikit zat yang diberi pada baby..
Banyak ibu yang tak sanggup nak kurangkan zat.. Nak bagi full zat.. Sebab itu Islam haruskan tak puasa..
Sesungguhnya sains dan Islam itu seiring. Sebab itu Islam agama paling sempurna. Ada penyelesaian segala masalah.
== Kesimpulan ==
Wanita hamil adalah seseorang yang sedang berjuang.. Hamil itu sendiri ibadah yang besar. Mempertaruhkan nyawa untuk mengembangkan umat Islam.. Bukan benda kecik..
Mati melahirkan anak tu mati syahid.. Nampak tak betapa besar nilai ibadah seorang yang hamil..
Sebab itu lah diharuskan tidak berpuasa untuk wanita hamil dan menyusukan anak.. Banyak sumber pahala lain yang boleh dikejar dalam ramadhan..
Hamil dalam bulan ramadhan sahaja sudah berganda pahalanya.. BERJUANG untuk beri nutrisi sempurna pada khalifah yang bakal lahir. Lelaki mana dapat kelebihan tu..
So relax saja.. Takyah kutuk atau perli wanita hamil yang tak berpuasa.. Kerana hukumnya harus tak puasa untuk menjaga kandungannya.
Nak rujukan? Gi baca penerangan mufti wilayah di >> http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31
Selamat menyambut Ramadhan 😊
Credit : Wan Syafiq
.
.
Ibu2 boleh dapatkan info kehamilan percuma sahaja di aplikasi Mama Net --> https://bit.ly/2NGQtRq (KLIK SINI)
0 comments:
Post a Comment