Friday, July 23, 2010 0 comments

Kuih Serabai



Kuih serabai ni memang susah nak jumpa sekarang ni.... kalo ader pun x sempat nk beli... ari tu cuba la buat kuih ni... nama pun dah menetap kt penang kan... so blaja2 la jadi penang... *50% dah penang pun sebenarnya....* hehe


Kalo nk resepi sila klik link kat bawah ni yer...

Thursday, December 10, 2009 0 comments

Cara/petua Untuk Kurus, Cantik dan Sihat Tanpa Ubat-ubatan

 Cara Kurus Tanpa Ubat Ubatan.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari
apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar
'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar
metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun
tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi
metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar
kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM
MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini
menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi
menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL
di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4.ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi
7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini
bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah.
Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih
mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya
sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi
anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut
akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau
boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau
jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah
minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,
mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan
nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang
berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa
untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti
cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh
adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi
karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan
berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa
banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda
ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan
makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal
pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda
kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih
fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan
anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk
sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan
dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada
untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh
badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam
makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran,
anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak
masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan
piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru
nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran
yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik
program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan
berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian
kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori
akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini
harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut
kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin
membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai
makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang
benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama
akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk
permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan
penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan
cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi
32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif. 
iii.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan. Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis
yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,
setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk,
masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman
setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh
diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan,
berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2
kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik
dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak
dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.
Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan
tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh
anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan
serbuk Kayu Manis dan Madu 30. Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk
mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut
: Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah
bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam
pantang.

5. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba
petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang
telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

6. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.
Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

7. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan
kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam.
Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk.
Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya
masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah
dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau
3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah
akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang.
Selamat mencuba!!

Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje,
sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur.
amalkan setiap hari.

Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur
jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah
buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian
muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut
kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali
seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri,
segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya,
jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan
wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda.
Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah
wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang.
Amalkanlah selalu...
..
40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata Semasa kita menyapu krim atau
foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut
guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti
sejuk..cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka
akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya
ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu
di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda
hajati akan menjadi.
Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok,
ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia
tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan
biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil
madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan
selalu.

Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia
tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk
saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua
tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka
memakai lipstik.
Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...
ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan
menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu.
Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan
beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir,
Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan
cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan
kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan
sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan
kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan
minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci. 1. Sapu
muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering 2. Cuci muka dengan
air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan
dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda
tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Menyerikan Wajah 
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan
yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di
bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian
basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat 
Ambil kayu manis dan dicelup
di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu
manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat..
Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang... tapi
kena rajin mengamalkannya... Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur... minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum
basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi.
Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan
mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari
telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke
dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari.
Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke
bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal
solat serta baca Alquran dan berwirid.

Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga
35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan
gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35
tahun pun masih kelihatan muda 54. Nampak Muda Untuk kelihatan sentiasa
muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan
ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda
juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi
banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua
saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali
selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam
sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda
daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.
Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai
mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka
sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka
akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita
akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang
terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak
terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan
memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu
kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia
Sebenar. Ulam
- ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam
Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga
memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba
petua ini.

Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua
tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di
indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan
dan sampaikan kepada orang lain 59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan
Kening Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan
sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ... lakukan
berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama
1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap
malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah
anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu
pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
  • Makanlah biji buah Peria.
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
  • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
  • Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak
kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini
yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar
dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi
kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven )
apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur
atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi
kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin
berlebihan yang ada didalam badan.
Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi
kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan
diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan
selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda
menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba
sebagai pencegahan awal.

Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik 
Jika anda kerap mengalami
masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual),
amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda
pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa
berlengah. Lama-kelamaan... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada
pengalaman saya sendiri... kini gastrik tiada lagi!
Tajamkan Penglihatan Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap
hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan
air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal,
anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan
serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan
batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi
suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru
hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang
tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat
penyakit batu karang.

Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.
Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil
beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi
di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah
dengan izin Allah, selamat mencuba.

Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun
jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus (
bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan
berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa
bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju).
Dan amalkanlah selama satu bulan.
Friday, April 10, 2009 0 comments

Hikmah Berwudhuk Dengan Niat



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
   muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

    Penjelasan nombor 3 :  Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, >> >  janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
  Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Ikhlas kerana Allah.
Monday, November 3, 2008 0 comments

Bahaya Air Putih kepada Bayi

Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.

MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.

PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

“Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong,” kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.

Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.

Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.
ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.
Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, “Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik.”

Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.

“Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat,” kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.

Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.

Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata

Sumber : Kosmo 26 Mei 2008
Sunday, September 7, 2008 0 comments

Malam Lailatulqadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.  PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR  
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI: 
    1. AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
    2. ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
    3. SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;  
    4. KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
    5. SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
 Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.  Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 25 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 6 hb Oktober 2007 (hari Sabtu malam Ahad nie). Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!! 
Tanda malam Qadar ialah : 
  1. malam itu tenang, tidak dingin  dan tidak panas;
  2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
Thursday, May 1, 2008 0 comments

Penawar di kala kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

 
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

 
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

 
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

 
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

 
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

 
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

 
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

 
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

 
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." 

Thursday, March 6, 2008 0 comments

:: sifat lelaki yang ada pada bulan-bulan islam ::

assalamualaikum..
ni cuma sekadar pengetahuan sahaja..

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan
tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan
menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan
diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil..


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa
dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya'ban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

sekadar penduan untuk kita tetapi jangan terlalu
percaya...

wallahua'lam...."
Wednesday, February 13, 2008 0 comments

Carta Tekanan Darah



Tanda-tanda tekanan darah rendah :
1) Terasa lemah dan malas, walau pun nak tekan tukar channel tv pakai remote control
2) Terasa letih tak semena-mena, cuci pinggan 10 bijik pon dah rasa macam naik tangga ke tingkat 5.
3) Terasa pening-pening tanpa sebab; pening lepas honeymoon halal, kena test ayag kencin laaa...
Yang paling kritikal:
4) Pengsan
5) Koma
Lepas ni p klinik cek tekanan darah, mana la tau kan......
Pokoknya, kita mesti bagi peluang badan kita berpeluh, ni tak, tempat yang paling senang berpeluh pon kita dok prevent berpeluh, so camana?
Ketiak la tempat yang paling senang berpeluh...so pakai bedak ja kat ketiak, jgn pakai anti-perspirant atau deodorant. sat g peluh tak keluag.
Agak takut bedak tak tahan lama, spare bedak botoi kecik kat dalam beg, tiap-tiap 3 jam pi toilet boh bedak kat ketiak. Bedak kan bleh serap peluh. ok la tu...
Dak pon jom ikut I joging kat taman metropolitan, Relau, 3 kali seminggu. 6.30pm - 7.15pm.


Picture (Device Independent Bitmap)

Human Blood Pressure Range Diagram

The 1st Number: Systolic pressure is the pressure generated when the heart contracts .

The 2nd Number: Diastolic pressure is the blood pressure when the heart is relaxed.

What is Normal Blood Pressure ? Buy and use a blood pressure monitor.
Compare your BP reading with the numbers on the chart above. Draw a line from your systolic pressure to your diastolic pressure.
Is the slope of the line about the same as shown on the chart? Where do YOU fit in? What are your risk factors?
Are your blood pressure readings within the normal blood pressure range?Should you take anti-hypertension medication to lower your blood pressure?

Normal human daily Blood Pressure Range can vary widely, so any single blood pressure monitor reading is not reliable. BP monitor readings must be taken at different times of day, to determine AVERAGE blood pressure over time.

What is important is your AVERAGE BP, or MAP (Mean Arterial Pressure) over time. Or, where are those numbers sitting MOST of the time?

Normal MAP is about 93 mm of mercury. 
Blood Pressure Chart above.


Blood Pressure Range Chart Notes
NORMAL BLOOD PRESSUREREADINGS RANGE
HIGH Blood Pressure Symptoms -Stressed, Sedentary, Bloated, Weak, Failing Systolic - Diastolic
210 - 120 - Stage 4 High Blood Pressure
180 - 110 - Stage 3 High Blood Pressure
160 - 100 - Stage 2 High Blood Pressure
140 - 90 - Stage 1 High Blood Pressure
140 - 90 - BORDERLINE HIGH
130 - 85 - High Normal
120 - 80 - NORMAL Blood Pressure
110 - 75 - Low Normal
90 - 60 - BORDERLINE LOW
60 - 40 - TOO LOW Blood Pressure
50 - 33 - DANGER Blood Pressure
Tuesday, October 2, 2007 0 comments

INFO TENTANG ORGAN YG ADA PADA BADAN KITA

-1. MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.  
a. Mata menjadi merah:
  Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b.
  Mata menjadi kabur:  Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c. Keluar tahi mata:
 Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d. Keluar air mata:
 Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e. Ketegangan mata dan kelopak
 :  Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


2. HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

a. Selsema

i). Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
ii). Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b. Hidung sebu

i). Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c. Bersin

i). Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................

3. BATUK
 

a. Batuk keluar kahak :
 Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak :
 Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
 Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
4. KERONGKONG

a. Kerongkong kering :
 Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b. Sakit kerongkong :
 Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
5. BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

a. Bibir pucat

i). Sistem penghadaman yang lemah.
ii). Perut mengandungi angin.
iii). Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
  Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b. Bibir kering dan pecah:
 Perut mengandungi banyak bahan toksin.
.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
6. MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a . Lidah atau gusi bengkak, sakit:
 Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b.
  Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser):  Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c.
  Mulut berbau busuk  : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


7. TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.

a.
  Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b. Telinga berdengung:
 Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah
berjalan-jalan.

...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


8. KULIT
 
a. Peluh masin :
 Badan mengandungi lebihan asid urik.
b. Peluh berbau:
 Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
c. Ruam dan Bisul :
 Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
d. Kulit gatal dgn ruam :
 Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
e. Kulit pecah dan berair :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

9. RAMBUT GUGUR:
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sendi Sakit
 
i). Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii). Tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii). Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b. Kebas Tangan :
 Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c. Kebas Tangan dan Lengan :
 Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d. Kebas Kaki :
 Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e. Sakit Tapak Kaki :
 Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f. Sakit Tumit Kaki:
 Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g. Rasa Panas Di Tapak Kaki :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h. Gatal Di Celah2 Kaki :
 Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


11. TANDA-TANDA DALAMAN - KEPALA
 
a. Kepala -
 Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b. Pening / Sakit Di Bahagian Depan Kepala

i). Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c. Pening / Sakit Di Bahagian Belakang Kepala
 
i. Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii. Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

d. Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga -
Menandakan penyakit migrain.
e. Bisul Terjadi Di Kepala -
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f. Rasa Pening Yang Memusing -
 Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

12. MULUT / KERONGKONG

a. Loya / Muntah -
 Tanda penyakit lelah.
i). Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. Muntah Darah

i). Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
ii). Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut, misalnya penyakit ulser.

c. Lidah Rasa Tegang Dan Pendek-
 Tanda sakit jantung.
d. Keluar Air Liur Yang Pekat -
 Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
13. KENCING

a. Kencing Kerap :
 Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang terkumpul.
b. Air Kencing Berkapur :
 Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c. Air Kencing Berlemak :
 Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d. Air Kencing Berwarna Coklat :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e. Air Kencing Berdarah :
 Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

14. BUANG AIR BESAR
 
a. Cirit-birit / Kerap Buang Air Besau :
 Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b. Sembelit :
 Membersihkan toksin dari usus kecil.
c. Najis Berdarah
 
i). Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d. Najis Berwarna Hitam :
 Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berfungsi.
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
15. TINDAK BALAS BADAN

a. Badan Rasa Sakit :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah yg tidak lancar.
i). Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii). Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii). Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b. Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh2 :
 Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c. Badan Terasa Panas :
 Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d. Badan Terasa Ringan :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

16. TINDAK BALAS EMOSI

a. Rasa Takut / Mudah Terkejut :
 Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
b. Cepat Naik Darah / Marah :
 Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
c. Rasa Bimbang Dan Takut :
 Sistem paru-paru yang lemah.
d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab
 
i). Sistem jantung yang lemah.
   

 
;