Monday, April 29, 2013 0 comments

KEPENTINGAN PENGAMBILAN AIR PUTIH....





SETIAP 25KG BDAN,BERSAMAAN 1 LITER AIR KITA PERLU MINUM...

Di sini disenaraikan kesan-kesan kurang air kepada organ-organ badan.



Otak

Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air. Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air. kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan otak. Konsentrasi akan turun 13% dan memori jangka pendek juga turun 7%. Simptom lain yg juga disebabkan oleh kekurangan air ialah berasa terhoyong-hayang, pening, cepat marah, pitam. Jika tahap kekurangan air lebih kronik, ia akan menyebabkan badan berasa lembap, pandangan kabur, keletihan dan kecelaruan.



Mulut

Apabila kita berasa dahaga, tubuh sudah pun hilang sekurangnya 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya. Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.



Paru-paru

Kita juga kehilangan air menerusi pernafasan, setiap hari kita hilang kira-kira satu tin air dengan bernafas. Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan juga ketinggian altitud.



Jantung

Kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dan juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung.



Buah Pinggang

Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan toksin ke air kencing dan meninggalkan nutrien dalam darah. Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja. Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.



Perut

Air amat penting untuk diet sihat. Pengambilan air yg cukup akan mengawal selera makan. Air juga membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml juga dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga. Inilah sebabnya mereka yg ingin turun berat badan disarankan untuk minum banyak air.




Pundi Kencing

Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, najis dan yg paling banyak adalah melalui air kencing. Jika kita kurang buang air, itu adalah petanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air. Minum air yg banyak akan membantu melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.



Darah

Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien ke seluruh anggota badan. Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya ke seluruh badan.



Kulit

Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air. Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit. ia akan menjadi tak bermaya, kering, kendur, dan nampak lebih tua. Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan peningkatan altitud. Di negara cuaca panas, penyejatan air boleh mencecah 2.5 liter/jam. Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan. Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2 liter/jam


Panduan untuk pengambilan air yg cukup ialah 1L untuk setiap 25kg badan. Jika anda bersukan atau banyak berpeluh, tingkatkan pengambilan air. Mereka yg berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini, fikirkanlah sendiri mana yg lebih menyusahkan, kerap kencing akibat minum air banyak atau penyakit yg datang akibat minum air kurang.


Sumber : google
0 comments

Pokok Jarum Tujuh Bilah


Jarum Tujuh Bilah


Inilah pokok herba daun Jarum Tujuh Bilah yang di tanam di belakang rumah ibu. Lebat dan berbunga cantik.




Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Liliales
Keluarga: Cactaceae
Genus: Pereskia
Spesies: P. sacharosa
Nama binomial
Pereskia sacharosa


Jarum Tujuh Bilah, jarum tujuh, pokok kanser, atau Chat Sim Chan ('Pereskia sacharosa/saecnarosa) merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEA lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.

Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari afrika selatan,amerika tengah dan India barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Morfologi

Pokok renek separa berkayu, bersaiz besar dan boleh tumbuh sehingga 5 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batang berwarna hijau ketika muda, bertukar coklat selepas matang, mempunyai 7 batang duri panjang, halus sperti jarum yang keluar berhampiran tangkai daun. Daun tunggal, susunan berpilin, bentuk bukur dengan hujung serta pangkalnya tirus, pucuk muda berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, permukaan berkilat, mudah bertunas. Bunga tunggal, bersaiz sederhana besar, keluar di hujung dahan, banyak kelopak bersusun berlapis-lapis, berwarna jingga, merah tua atau ungu. Buah sederhana besar, berbentuk bulat rata di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, mengandungi beberapa biji hitam bersaiz sederhana besar.

Khasiat

Kandungan

Daun - air, karbohidrat, serat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin.

Perubatan

Memakan pucuk daunnya dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang.

Pengalaman dari ibu saya sendiri mengamalkan setiap pagi Daun Jarum Tujuh Bilah ini pulih dalam masa 3 bulan sahaja kerana setiap hari dia makan mentah2 3 helai daun Jarum Tujuh Bilah. Ibu membuat pemeriksaan dan doktor memberitahu bahawa terdapat ketulan di bahagian payudara kanan nya.. Breast Lump. Herba daun Tujuh Bilah ini tidak pahit dan rasanya seakan2 macam makan jantung pisang kerana sedikit licin seperti jelly atau berlendir. Memang sedap dibuat ulam2an. Kalau di rendam dengan air suam untuk dibuat teh, daun ini akan menjadi lembut dan mudah dikunyah...

Daun herba Tujuh Bilah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit. Dahulukan dengan bacaan AL Fatihah dan selawat Syifa, kemudian minum hingga habis dan dimakan sekali daunnya. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam...




Rujukan , wikipedia, google




Thursday, April 11, 2013 0 comments

Apa Perbezaan Gula yang ada di pasaran.

Jenis-jenis gula dan kegunaannya

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

sumber : http://resipinoraini.blogspot.com/2008/04/jenis-jenis-gula-dan-kegunaannya.html?m=1
Tuesday, March 5, 2013 0 comments

PETUA MASUK RUMAH BARU

Assalamualaikum teman2... Jum saya nk kongsi skit tip2 kalo nk masuk kekediaman baru...

Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


Take note,, Jgn biarkan Jin Al Ammar duduk sekali dlm rumah atau tempat kerja kita :) ♥



Sumber FB and mr.google

Monday, March 4, 2013 0 comments

Nak Tahu Kenapa kek yang dibakar tak menjadi?


:: Kek Tidak Naik Sekata ::

-Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
-Bancuhan tepung tidak sebati
-Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
-Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
-Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan

:: Kek Menjadi Bantat ::

-Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
-Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
-Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
-Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
-Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
-Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
-Suhu ketuhar terlalu rendah.

:: Kek Mendap pada Bahagian Tengah ::

-Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
-Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
-Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
-Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
-Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.

-Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
-Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
-Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
-Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

:: Kek Terlalu Lembab dan Leper ::

-Terlampau banyak cecair.
-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus

:: Kek Terlalu Berat ::

Sewaktu memukul campuran yang ada -tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
-Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
-Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
-Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
-Gula yang digunakan melebihi sukatan
-Terlalu banyak cecair
-Suhu ketuhar terlalu rendah

:: Kek Merekah ::

-Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
-Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
-Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
-Kekurangan cecair.
-Acuan / loyang terlalu kecil.
-Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.

:: Kek Buah Mendap ::

-Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
-Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.

:: Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar ::

-Terlebih serbuk penaik
-Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
-Adunan tidak dipukul sebati

:: Kek Menjadi Keras ::

-Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
-Terlalu banyak tepung gandum.
-Tidak cukup cecair
-Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
-Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
-Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
-Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.

:: Kek Menjadi Kering ::

-Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.

:: Kek Menjadi seperti Roti ::

-Sukatan serbuk penaik tidak tepat
-Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
-Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai


-Tepung tidak sesuai
-Adunan tidak dipukul dgn sebati

:: Kek Menjadi seperti Bingka ::

-Bancuhan tidak dipukul sebati
-Terlampau banyak cecair
-Tepung terlalu sedikit
-Suhu ketuhar tidak cukup panas

*** copy&paste *** lupa sumber asal...

GAMBAR-GAMBAR DARI MR.GOOGLE






Sunday, March 3, 2013 0 comments

SEJARAH KESULTANAN SULU DAN HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA

- Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ia telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 31 Ogos 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama2 dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA

 (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah lama "menyepi" dan kini "Baginda" memunculkan diri secara "tiba2" bersama pengikutnya atau "Tentera Diraja Sulu" yang hendak mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah membuat perjanjian bertulis dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada SBUB tetapi dengan syarat, "Baginda" hendaklah diberi perlindungan dari ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina serta datuk "Baginda" dibayar wang pampasan oleh SBUB. Kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Dan kemudiannya SBUB telah menyerahkan negeri Sabah kepada British untuk ditadbir (ianya telah berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir).

Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar "Baginda" mempunyai "hak" di Sabah, apakah "Baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan tentera Jepun jika benar "Baginda" betul2 sayangkan negeri Sabah??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri tempat dimana "Baginda" telah "Bersemayam" juga telah dijajah oleh Jepun.

Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan "Baginda" di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Dan akhirnya "Baginda" terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989 akhirnya kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP &  MASIH membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" mendakwa dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (SC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia.

Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. "Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!!

Namun perkara yang paling menjadi persoalan sekarang ialah,
MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN LEBIH KINI "TERHEGEH2" DAN "BERIYA2" BENAR HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" PEMERINTAHAN KEATAS SABAH?? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2 JIKA BENAR KERAJAAN FILIPINA INGIN "MENYINGKIRKAN" "BAGINDA"?? TIDAK SALAH RASANYA JIKA BAGINDA MAHU KEMBALI KE WILAYAH ASAL YANG PERNAH DATUK "BAGINDA""PINJAMKAN" SUATU KETIKA DAHULU NAMUN TERNYATA CARANYA SUDAH SALAH!! APAKAH "BAGINDA" MEMILIH UNTUK "MENYERANG" PADA WAKTU SEKARANG KERANA DIFIKIRKAN PADA KETIKA INI MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DALAM KEADAAN HURU HARA?? HAKIKATNYA SEKARANG NEGERI SABAH ADALAH UNTUK RAKYAT SABAH!!! FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... SELAMANYA MALAYSIA!!!!!!!

sumber: wikipedia+FB+blogger



Ini lah AGBIMUDDIN KIRAM @ RAJA MUDA SULU



Friday, March 1, 2013 0 comments

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN YANG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU.


FAKTA MENARIK HAIWAN

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..

bukti kekuasaan Allah SWT dlm pncptaanNya... :)








Friday, February 22, 2013 0 comments

Jum Amalkan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yg dilakukan bermula pada waktu keluarnya matahari dengan sempurna kadar setinggi lembing hingga sebelum masuk waktu zohor atau matahari betul-betul di atas kepala, dan waktu yang afdalnya ketika hampir teriknya matahari.

HUKUM SOLAT SUNAT DHUHA
Jumhur ulama’ berpendapat SUNAT SECARA BERTERUSAN berdasarkan hadis:Daripada Aisyah .r.ha., rasulullah S.A.W bersabda:Amalan yang di sukai di sisi ALLAH TAALA ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit..
Sayid Sabiq berkata:Solat sunat dhuha merupakan ibadat yang diSUNATkan, maka siapa yang ingin mencari pahala hendaklah menunaikannya, sebaliknya jika seseorang tidak melaksanakannya maka tidaklah di kira sebagai satu kecacatan atau kekurangan baginya..

BILANGAN RAKAAT:
Hanya 2 rakaat , dan ada sesetengah individu melakukan 4, 6 , dan 8 rakaat(bilangan di laksanakan setiap 2 rakaat 1 salam bukan 4, 6, 8 sekali gus)

FADILAT SOLAT SUNAT DHUHA.
BERDASARKAN HADIS:
Daripada hadis riwayat al-TARMIZI , daripada Abu Hurairah, sabda NABI:"Siapa yang memelihara solat dhuha 2 rakaat nescaya diampunkan dosanya sekalipun seperti buih di laut.."
Daripada Abu Zar, RASULULLAH S.A.W bersabda:Setiap anggota sendi kamu adalah sedekah, setiap tasbih merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah., setiaap tahlil merupakan sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar ma’ruf merupakan sedekah, nahi mungkar merupakan sedekah. Dan semua ini dapat diperolehi dengan 2 rakaat SOLAT DHUHA…
Daripada Uqbah bin Amir al-jahni, RASULULLAH S.A.W bersabda:Hai anak adam cukupkanlah bagi-ku pada awal hari dengan 4 rakaat Dhuha nescaya aku cukupkan bagimu dengannya seluruh harimu..”

***masih banyak lagi fadilat2 solat dhuha..jadi kita yg dah mengetahui dan mendapat ilmu nie bukan untuk di baca semata-,mata malah untuk di amalkan dalam kehidupan seharian..

Walaupun sibuk mcmana pun kerja, apa salahnya mengambil masa sekejap di awal waktu mula bertugas untuk sujud padanya melalui solat sunat dhuha…, ingatlah kita kerja untuk mendapatkan rezeki..dan rezeki datang daripada siapa???? Semak balik..nak sangat rezeki, nak sangat doa dimakbulkan ALLAH.. tapi malas nak sujud pada ALLAH ..janganlah ego sangat..bukan hanya pahala kita dapat malah keberkatan sepanjang hayat itu yang kita ingin kejarkan…

sumber :
tulisan -http://asmatbaik.blogspot.com/2012/05/keberkatan-seharian-dengan-solat-dhuha.html?m=1

gambar - FB (suami isteri bahagia)

diolah semula oleh : www.mizzmenawan.blogspot.com



Wednesday, February 20, 2013 0 comments

HORMATI & SAYANGI IBU...

Surga dibawah telapak kaki ibu, begitulah sabda Baginda Nabi Muhamad SAW. Apapun yang terjadi, ibu tetaplah seorang ibu yang harus dimuliakan dan dihormati oleh anak-anaknya. Sekalipun ibu berbuat salah terhadap anaknya, sang anak tetaplah harus menghormati ibu. Dengan cara yang santun bila ingin mengingatkan ibu bila melakukan kesalahan.

Ibu seperti lilin yang menerangi orang lain, tetapi ia terbakar, bergaul akrab dengan tukang pandai besi, kalau tidak kena percikan api sekurang-kurangnya belepotan oleh abunya. Akan sangat baik jika menjadi matahari, memanasi orang lain tetapi dirinya lebih panas, atau seperti api, memanaskan besi tapi panas dirinya tetap lebih, atau seperti minyak wangi tadi, mengharumkan orang tetapi dirinya tetap lebih wangi, tetapi jangan pula seperti lampu yang terang benderang dari jauh, sementara yang di bawahnya tetap remang-remang. Jadilah berlian, meski terpendam dalam lumpur ia tetap indah jika dibersihkan digosok, jangan seperti kertas yang segera hancur jika terendam air.

Ibu tetaplah ibu, sampaikanpun karena dibawah telapak kakinya terdapat surga bagi anak-anaknya. Memuliakan ibu sampai akhir hayat itulah tugas dan bakti seorang anak kepada ibunya.

Dipetik dari : http://www.idhamlim.com/2009/08/surga-dibawah-telapak-kaki-ibu.html?m=1

Diolah semula oleh : mizzmenawan.blogspot.com




Friday, February 15, 2013 0 comments

What IS The Main Ingredient of WD-40?

DID YOU KNOW?
What IS The Main Ingredient of WD-40?
Before you read to the end, does anybody know what the main ingredient of WD-40?
No Cheating.....

WD-40 ~ Who knew!

I had a neighbor who bought a new pickup.
I got up very early one Sunday morning and saw that someone had spray painted red all around the sides of this beige truck (for some unknown reason).
I went over, woke him up, and told him the bad news.
He was very upset and was trying to figure out what to do....
probably nothing until Monday morning, since nothing was open.
Another neighbor came out and told him to get his WD-40 and clean it off.
It removed the unwanted paint beautifully and did not harm his paint job that was on the truck. I was impressed!

WD-40 who knew?
"Water Displacement #40".
The product began from a search for a rust preventative solvent and degreaser to protect missile parts.
WD-40 was created in 1953, by three technicians at the San Diego Rocket Chemical Company.
Its name comes from the project that was to find a 'Water Displacement' Compound.
They were finally successful for a formulation, with their fortieth attempt, thus WD-40.
The 'Convair Company' bought it in bulk to protect their atlas missile parts.
Ken East (one of the original founders) says there is nothing in WD-40 that would hurt you.
When you read the 'shower door' part, try it.
It's the first thing that has ever cleaned that spotty shower door.
If yours is plastic, it works just as well as on glass.
It's a miracle!
Then try it on your stovetop.
It's now shinier than it's ever been.
You'll be amazed.


WD-40 Uses:
1. Protects silver from tarnishing.
2. Removes road tar and grime from cars.
3. Cleans and lubricates guitar strings.
4. Gives floor that 'just-waxed' sheen without making them slippery.
5. Keeps the flies off of Cows, Horses, and other Farm Critters, as well. (Ya gotta love this one!!!)
6. Restores and cleans chalkboards.
7. Removes lipstick stains.
8. Loosens stubborn zippers.
9. Untangles jewelry chains.
10. Removes stains from stainless steel sinks.
11. Removes dirt and grime from the barbecue grill.
12. Keeps ceramic / terracotta garden pots from oxidizing.
13. Removes tomato stains from clothing.
14. Keeps glass shower doors free of water spots.
15. Camouflages scratches in ceramic and marble floors.
16. Keeps scissors working smoothly.
17. Lubricates noisy door hinges on both home and vehicles doors.
18. It removes that nasty tar and scuff marks from the kitchen flooring.
It doesn't seem to harm the finish and you won't have to scrub nearly as hard to get them off.
Just remember to open some windows if you have a lot of marks.
19. Remove those nasty Bug guts that will eat away the finish on your car if not removed quickly!
20. Gives a children's playground gym slide a shine for a super fast slide.
21. Lubricates gearshift and mower deck lever for ease of handling on riding mowers...
22. Rids kids rocking chair and swings of squeaky noises.
23. Lubricates tracks in sticking home windows and makes them easier to open.
24. Spraying an umbrella stem makes it easier to open and close.
25. Restores and cleans padded leather dashboards in vehicles, as well as vinyl bumpers.
26. Restores and cleans roof racks on vehicles.
27. Lubricates and stops squeaks in electric fans.
28. Lubricates wheel sprockets on tricycles, wagons, and bicycles for easy handling.
29. Lubricates fan belts on washers and dryers and keeps them running smoothly.
30. Keeps rust from forming on saws and saw blades, and other tools.
31. Removes grease splatters from stovetops.
32. Keeps bathroom mirror from fogging.
33. Lubricates prosthetic limbs.
34. Keeps pigeons off the balcony (they hate the smell).
35. Removes all traces of duct tape.
36. Folks even spray it on their arms, hands, and knees to relieve arthritis pain.
37. Florida's favorite use is: 'cleans and removes love bugs from grills and bumpers.'
38. The favorite use in the state of New York, it protects the Statue of Liberty from the elements.
39. WD-40 attracts fish. Spray a little on live bait or lures and you will be catching the big one in no time. Also, it's a lot cheaper than the chemical attractants that are made for just that purpose.
Keep in mind though, using some chemical laced baits or lures for fishing are not allowed in some states.
40. Use it for fire ant bites. It takes the sting away immediately and stops the itch.
41. It is great for removing crayon from walls. Spray it on the marks and wipe with a clean rag.
42. Also, if you've discovered that your teenage daughter has washed and dried a tube of lipstick with a load of laundry, saturate the lipstick spots with WD-40 and rewash. Presto! The lipstick is gone!
43. If you spray it inside a wet distributor cap, it will displace the moisture, allowing the engine to start.

P.S.
As for that Basic, Main Ingredient.......
Well.... it's FISH OIL....
Who would have guessed ? ? ?


Wednesday, February 13, 2013 0 comments

PENTING NYA BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN BAYI. JANGAN AMBIL MUDAH !!!

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita. Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita. Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita. Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita. Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." 

Sungguh tinggi darjat wanita. Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya? Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba? Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia? Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami. Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.




Saturday, February 9, 2013 0 comments

DOA MENDAPATKAN ZURIAT

Assalamualaikum...

JUST SHARING...
Sumber : jum hamil (fb page)

Kita hanya merancang, Allah lah penentu segalanya...



Wednesday, February 6, 2013 0 comments

KENAPA Kanak2 Suka Mengamuk ~ Kenali Apa Itu Tantrum


Kenali Apa Itu Tantrum

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.




CARA MENGATASI TANTRUM ANAK

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.







Sunday, February 3, 2013 0 comments

KETAHUI KAEDAH DAN CARA BAGAIMANA MERANCANG KELUARGA

Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.

Berikut, merupakan antara kaedah yang kerap digunakan.Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.

PIL PERANCANG NORIDAY

Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.

Bagaimana kehamilan dicegah?

Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.

Cara pengambilan pil Noriday

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.

Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.

Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.

Haid tidak teratur

Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.

Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.

Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.

Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.

Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).

Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.

Amaran

Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:

o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas

o Sakit dan bengkak urat kaki

o Sakit dada yang melampau

o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki

o Ketulan pada buah dada

o Sakit pada bahagian perut

Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.

Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.

Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.

SUNTIKAN DEPO

Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.

Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.

Kekerapan suntikan

Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.

Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.

Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

o Darah tinggi

o Penyakit hati

o Herpes sewaktu hamil

o Sakit kuning

o Gatal sewaktu hamil

o Angin ahmar

o Sakit jantung

Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.

PIL PERANCANG KOMBINASI

Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.

Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.

Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin

Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:

1) Merokok

2) Penyakit kencing manis

3) Penyakit darah tinggi

4) Pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya

5) Penyakit hati

6) Migraine

7) Pernah mengalami darah beku dalam salur darah

8) Pernah mengalami kanser payudara

9) Mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut

Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor. Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.

Cara-cara lain yang tidak kekal:

1) Kondom lelaki atau wanita

2) Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma

3) Vaginal ring mengandungi hormon

4) Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu

Cara-cara lain yang kekal:

1) "Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong

2) "Vasectomy" bagi kaum lelaki

*Perbezaan harga:

Kondom: Rm1-2 x 12 = Rm12-Rm24 sebulan

Pil perancang: Rm10-Rm60 sebulan bergantung pada jenis pil

Suntikan depo: Rm45 setiap 3 bulan iaitu Rm15 sebulan

IUCD Cu250: Rm130 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm3.60 sebulan

(IUCD Mirena lebih mahal)

Implanon: Rm510 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm14 sebulan

*Harga hanya anggaran sahaja, bergantung pada ketetapan klinik masing-masing.

Pilihan bergantung pada anda. Marilah kita sama-sama membendung pembuangan bayi yang tidak bersalah. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab dan rancanglah keluarga anda mengikut kemampuan anda. Jadikanlah setiap anak itu anak yang diingini.

SUMBER: http://drlinaaestheticblog-timeless.blogspot.com/2012/02/perancangan-keluarga.html

Dibawakan Oleh : www.mizzmenawan.blogspot.com

Friday, February 1, 2013 3 comments

PETUA DAN PANTANG LARANG MEMBUAT KEK,KUEH DAN BISKUT

Assalamualaikum...

Nak citer la skit... dulu2 masa memula berkecimpung dlm dunia kek ni... selalu buat kek mmg x jadi cantik... masa tu pulak bukan la zaman "segalanya dihujung jari"... so, mmg susah nak dapat info... hanya pengalaman sendiri dan rakan2 je menjadi inspirasi...

jadi, Kepada rakan2 semua... ni saya nak share sikit info tentang pantang larang dan apa yang parmtut untuk menghasilkan kek yg memuaskan hati... Jum tengok2... lepas ni boleh la praktikkan pulak...

1) Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik. Jangan guna mentega yang cair atau terlalu lembut.

2) Pukul mentega dengan kelajuan perlahan terlebih dahulu sebelum menambahkan kelajuan. Anda boleh pukul dengan menggunakan tangan tetapi mengambil masa yang lama.

3) Semua bahan yang hendak disukat dengan cawan atau sudu perlulah dilosekan terlebih dahulu (losely pack) . Jangan padatkan atau tekankan kedalam bekas pengukur. Gunakan bahan ukuran yang dijual dikedai kek. Kesemua bahan hendaklah benar-benar level walaupun ukuran yang menggunakan sudu.

4) Bagi mengukur bahan cairan seperti susu. Letakkan cawan pengukur ditempat yang rata.

5) Panaskan oven kepada suhu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum membakar kek.

6) Jangan buka penutup oven sehingga 2/3 dari jumlah masa yang ditetapkan. Misalnya kek perlu dimasak dalam masa sejam. Anda hanya boleh membuka penutup oven selepas 40 minit kek dibakar. Jangan buka terlalu kerap, Jika tidak kek anda akan bantat atau keras.

7) Untuk menguji samada kek anda telah masak. Cucuk dengan lidi atau pisau kecil dibahagian tengah-tengah kek. Jika lidi atau pisau masih basah, ertinya kek anda belum masak. Tambahkan masa.
Pastikan semua bekas yang hendak digunakan benar-benar besih dan kering terutama jika hendak memukul mentega dengan gula atau hendak memukul putih telur.

9) Jangan pukul terlalu lama selepas memasukkan tepung atau bahan-bahan akhir sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.

10) Gunakan bekas yang sesuai untuk jenis kek yang berbeza untuk memudahkan anda mengeluarkan kek selepas masak. Seperti kek keju, brownie, slices.

11) Jangan sapu icing atau topping ketika kek masih panas.

TEPUNG DAN SERBUK PENAIK
Jika ketiadaan tepung berserbuk penaik (tepung naik sendiri), tambahlah 2 camca teh serbuk penaik untuk setiap 225g tepung biasa. Ayak beberapa kali sebelum digunakan.

COKLAT MASAKAN
Jika ketiadaan coklat masakan, anda boleh gantikan ia dengan serbuk koko. Bagi setiap 175g coklat masakan, campurkan enam camca besar serbuk koko yang sudah diayak bersama-sama tujuh camca besar gula dan 60g lemak sayuran.Untuk mencairkan coklat didalam ketuhar gelombang mikro, letakkan 30g coklat hiris didalam mangkuk. Panaskan pada suhu 100C selama 1-2 minit atau sehingga berkilat. Keluarkan mangkuk dari ketuhar dan kacau sehingga tidak berketul.

TEPUNG JAGUNG
Biasanya kita menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut rangup. Tetapi anda juga boleh menambahkan tepung jagung kedalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai.

*** copy&paste*** lupa sumber asal dari mana....





 
;