Sunday, May 20, 2012

KETIBAAN BULAN REJAB 2012

(1 Rejab 1433 bersamaan 22 Mei 2012 - Selasa)


PENGENALAN  
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya di bulan ini.
 
AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN DALAM BULAN REJAB
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab antaranya adalah seperti berikut:
- mendapat kemuliaan disisi Allah,
- dilipatgandakan pahalanya,
- dijauhkan fitnah di hari pembalasan,
- aman dari azab kubur,
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya,
- diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu. 
KELEBIHAN LAIN DI BULAN REJAB
-   Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan   bulan menuai             
-   Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan  roh.                                              
-   Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.                                
-   Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.


AMALAN LAIN YANG DIGALAKKAN DALAM BULAN REJAB     
   -   Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
   -   Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
   -   Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
   -   Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
   -   Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
 
PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB
   -   Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
   -   Solat 5 waktu difardhukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
   -   Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
 
KESIMPULAN  
Bulan Rejab mempunyai banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada kita
ummatnya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada kita untuk bertaubat
dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, kita perlu mengerjakan segala
amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwadu’ agar ganjaran yang akan diperolehi itu
diterima Allah s.w.t dan mendapat keberkatan darinya. 


Wabillahittaufiq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Wrt. Wbt.          

0 comments:

Post a Comment

 
;