Sunday, May 20, 2012 0 comments

KETIBAAN BULAN REJAB 2012

(1 Rejab 1433 bersamaan 22 Mei 2012 - Selasa)


PENGENALAN  
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya di bulan ini.
 
AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN DALAM BULAN REJAB
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab antaranya adalah seperti berikut:
- mendapat kemuliaan disisi Allah,
- dilipatgandakan pahalanya,
- dijauhkan fitnah di hari pembalasan,
- aman dari azab kubur,
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya,
- diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu. 
KELEBIHAN LAIN DI BULAN REJAB
-   Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan   bulan menuai             
-   Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan  roh.                                              
-   Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.                                
-   Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.


AMALAN LAIN YANG DIGALAKKAN DALAM BULAN REJAB     
   -   Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
   -   Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
   -   Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
   -   Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
   -   Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
 
PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB
   -   Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
   -   Solat 5 waktu difardhukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
   -   Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
 
KESIMPULAN  
Bulan Rejab mempunyai banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada kita
ummatnya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada kita untuk bertaubat
dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, kita perlu mengerjakan segala
amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwadu’ agar ganjaran yang akan diperolehi itu
diterima Allah s.w.t dan mendapat keberkatan darinya. 


Wabillahittaufiq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Wrt. Wbt.          
Friday, May 18, 2012 0 comments

:: Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia ::


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi
membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang
membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh
adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga
bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama
berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih mengambil ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Tuesday, May 1, 2012 3 comments

Makanan sejuk, angin dan berbisa

info dr : blog hidayah

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

 
;