Bulan
puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang
loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat,
bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan
menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan
budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.
Maka
oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak
puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik
dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kita
hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang
kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika
tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan
hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan
dengan Allah s.w.t.
Kita
hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan
merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur,
membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana
perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa.
Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan
azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan
kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.
Kita
hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu
kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W.
pernah bersabda yang bermaksud:
"Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah."
Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w.
sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan,
bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada
mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari
azab api neraka.
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya:
"Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang
diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan
Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka,
dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik
daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada
malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya."
Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:
"Telah
datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat
datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala
macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu
dengan seberapa baik."
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-
1.
Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh
dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap
muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak
ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau
dimalamnya.
Hari ini adalah
PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah
yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah
utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik
ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah
MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi
kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga
kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
wassalam
0 comments:
Post a Comment