Friday, September 20, 2019

MENGAPA SIKECIL ANDA MEMBALING BARANG?!

MENGAPA ANAK-ANAK MEMBALING BARANG

"Ish...baru 1tahun dah pandai baling-baling barang. Dah ajar banyak kali. Buat jugak. Geram pulak rasa nih."

Jika anak itu adalah DIBAWAH USIA SATU TAHUN, maka itu adalah lebih kerana dia di dalam tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini. Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini menguatkan skill motor nya. Skill motor ini adalah sangat penting untuk dia boleh menggunakan tangannya untuk melakukan apa-apa perkara berkait dengan tangan dikemudian hari. Contohnya, untuk menulis, menggunting, memotong, memanjat dan pelbagai lagi.

Oleh itu jika ibu bapa marah dan suruh anak itu berhenti kerana merasakan anak-anak itu sudah nakal dan berkelakuan tidak baik, maka ini adalah satu kesilapan besar.

Tindak-tanduk begini adalah kerana ibu bapa tidak peka kepada proses pembesaran yang setiap anak-anak perlu lakukan. Bila anak itu dihukum kerana ini, maka ibu bapa menempah untuk anak itu menjadi kurang keupayaan tangannya, kurang kreatif, rendah hormat diri dan tiada keyakinan diri.

Membesarkan anak-anak perlu ada ilmu, skil dan sikap yang betul. Supaya kompetensi kita sebagai ibu bapa itu meningkat senantiasa. Dan anak boleh dibesarkan dengan penuh amanah dan berintegriti.

Nabi s.a.w sangat memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak. Kerana kesannya adalah seumur hidup anak-anak itu.

Anda dapat sesuatu. Cer say 'Ya'.



Salam Kasih,
Kredit : ibuRose


0 comments:

Post a Comment

 
;