Sunday, March 3, 2013

SEJARAH KESULTANAN SULU DAN HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA

- Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ia telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 31 Ogos 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama2 dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA

 (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah lama "menyepi" dan kini "Baginda" memunculkan diri secara "tiba2" bersama pengikutnya atau "Tentera Diraja Sulu" yang hendak mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah membuat perjanjian bertulis dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada SBUB tetapi dengan syarat, "Baginda" hendaklah diberi perlindungan dari ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina serta datuk "Baginda" dibayar wang pampasan oleh SBUB. Kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Dan kemudiannya SBUB telah menyerahkan negeri Sabah kepada British untuk ditadbir (ianya telah berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir).

Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar "Baginda" mempunyai "hak" di Sabah, apakah "Baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan tentera Jepun jika benar "Baginda" betul2 sayangkan negeri Sabah??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri tempat dimana "Baginda" telah "Bersemayam" juga telah dijajah oleh Jepun.

Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan "Baginda" di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Dan akhirnya "Baginda" terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989 akhirnya kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP &  MASIH membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" mendakwa dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (SC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia.

Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. "Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!!

Namun perkara yang paling menjadi persoalan sekarang ialah,
MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN LEBIH KINI "TERHEGEH2" DAN "BERIYA2" BENAR HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" PEMERINTAHAN KEATAS SABAH?? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2 JIKA BENAR KERAJAAN FILIPINA INGIN "MENYINGKIRKAN" "BAGINDA"?? TIDAK SALAH RASANYA JIKA BAGINDA MAHU KEMBALI KE WILAYAH ASAL YANG PERNAH DATUK "BAGINDA""PINJAMKAN" SUATU KETIKA DAHULU NAMUN TERNYATA CARANYA SUDAH SALAH!! APAKAH "BAGINDA" MEMILIH UNTUK "MENYERANG" PADA WAKTU SEKARANG KERANA DIFIKIRKAN PADA KETIKA INI MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DALAM KEADAAN HURU HARA?? HAKIKATNYA SEKARANG NEGERI SABAH ADALAH UNTUK RAKYAT SABAH!!! FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... SELAMANYA MALAYSIA!!!!!!!

sumber: wikipedia+FB+blogger



Ini lah AGBIMUDDIN KIRAM @ RAJA MUDA SULU



0 comments:

Post a Comment

 
;